Super Tengku




Tandas.
Tuesday, March 22 | 2:43 PM | 6 Words


Saya sound dulu okay. Entry ini agak kotor. Jika anda sedang menikmati makanan anda, sila JANGAN baca dengan penuh feeling. Nanti anda muntah hijau! AMARAN!

Sebut pasal tandas. Tak kan lah korang tak tahu tandas tu apa kan ? Memang tak perlu hidup dalam dunia lah. Haha. Tandas ni macam-macam 'pesen'. Ade tandas duduk, tandas cangkung, tandas semulajadi *Stok zaman dulu punya-Koreng tanah tutup balik-takpun berak kat laut Haha* Tu je la yang aku tahu. Yang lain kalau korang tahu, kongsi lah okay :p

Kenapa tiba-tiba aku ni nak cakap pasal tandas. Haha. Actually, tadi semasa beberak aku pun terfikir lah kan. Sungguh tak senonoh. Haha. Sebelum tu, aku nak tanya korang. Korang prefer jamban macam mana? Jamban duduk, Jamban cangkung, ke Jamban berdiri? Haha, ade ke?

Kalau aku, aku lagi suka jamban cangkung. Huhu. Alasan aku, yang pertama senang nanti kalau ceplup taik tu jatuh, tak terus kena kita. Haha. Kalau duduk, ce korang bayang, sah sah korang tutup lubang jamban tu, so bila jatuh tahi anda, ceplup ceplup! Hah, kena korang parts of body yang menutupi lubang jamban itu. Kah kah kah. Maaf entry ini sedikit kotor.

Tapi setiap benda ada baik ada buruk. Yang takbes nye jamban duduk ni, Masya-Allah ==' Kebas kaki weh kalau kau kena cangkung lama. Nak pulak kau sembelit, tahi keras nak mampus. Tak ke kau dah takde feel nak beberak. Haha. Kalau jamban duduk, relax lagi. Kau nak beberak sambil tidur pun takpe! Kan? *Kantoi pernah buat, Haha*

Persoalan'nya di sini, mana satu jamban yang menjadi pilihan hati korang? Ce korang kongsi sikit? Haha. Barang sesiapa yang dah baca entri aku ni tapi masih degil memberi tindak balas [komen], korang AUTOMATIK jatuh kepada mereka yang suka berak berdiri. Haha. Okay sila beri tindak balas.

Tapi masing-masing ada pilihan masing-masing. *Ceit!* Sila lah pilih dengan mengimbangi baik dan buruk kesan nya pada anda. Haha. Sebenarnya aku bebel-bebel ni saja nak suruh korang jawab soalan di sebelah kiri post ini.

Pssttt: Pernah masuk toilet KLCC? sekali imbas macam toilet tak siap. Apa tidaknya, ada paip tapi takde getah untuk korang nak pancutkan air. Mesti konpius.. Rupa-rupanya, pusing je kepala paip, automatik air terpancut ke bahagian "!#$%^" korang. Bila bangun je, ada satu sensor yang detect korang dah bangun so automatik dia akan flush'kan. Kesian mereka yang tua-tua dan duduk di kampung yang terkezut budaya dengan jamban seperti itu.


-Next Page- | -New-